Sejarah Penubuhan
Sekolah Kebangsaan Pauh Lima
Sekolah
Melayu Pauh Lima telah ditubuhkan pada tahun 1941. Awal tahun 1942
Jepun telah memerintah Tanah Melayu, Sekolah Melayu Pauh Lima telah
dipindahkan ke kampung Bukit Marak, Bachok lebih kurang 2 km dari tapak sekolah
sekarang.
Di awal tahun 1947 dibangunkan sebuah Sekolah Rakyat di atas tanah yang
dipinjamkan oleh arwah Haji Abd. Rahman bin Umat (iaitu tapak Pasar Pauh Lima
sekarang). Sekolah yang ditubuhkan ini dikelolakan oleh dua orang guru, dan 74
orang murid dalam 3 kelas.
Pada 1.8.1950 sekolah ini telah diambil alih oleh Kerajaan dengan dijadikan
sekolah bantuan penuh kerajaan dan dinamakan Sekolah Melayu Pauh Lima.
Semasa ini sekolah ditadbirkan oleh 5 orang guru dan jumlah murid ialah 135
orang dengan 4 kelas iaitu darjah satu, dua, tiga dan empat. Pada tahun
1953, Jawatankuasa Ibu bapa dan guru telah berusaha mencari wang dan membeli
tapak tanah Lot. No. 1343 seluas 800 D, Lot no. 1342 seluas 510 D, Lot
no. 1346 seluas 700 D dan Lot no. 1464 seluas 355 D dengan harga $1,400.00 dan
telah didaftarkan sebagai tapak sekolah pada 2.4.1957.
Sekolah telah didirikan di tapak baru oleh kerajaan dengan separuh bantuan pada
awal bulan Mei 1959 dengan belanja $2,800.00 dengan dua buah bangunan 100 x 20
kaki dan 90 x 20 kaki untuk menampung 340 orang murid dengan guru-guru seramai
13 orang. Pada pertengahan tahun 1967 sebuah bangunan lama sekolah ini
dirobohkan dan diganti dengan bangunan baru oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
berukuran 190 x 20 kaki dan sebuah kantin dan sederet tandas. Akhir
tahun 1968, bangunan tersebut digunakan dengan 6 bilik darjah dan sebuah bilik
Guru Besar. Pada masa itu keramaian murid ialah 425 orang dengan 16 orang guru.
Pada 19.3.1969 bersamaan 1 Muharram 1389 bangunan itu dibuka dengan rasminya
oleh Yang Berhormat Manteri Pelajaran Malaysia iaitu En. Khir bin Johari.
1 comment:
Padang sekolah SKPL adalah tanah arwah datuk saya arwah yussof derauf yang asalnya kebun getah
Post a Comment