Saturday, 27 June 2015

SELAMAT BERSARA CIKGU PN.HJH ROHANI BT MAT DIAH

PERSARAAN CIKGU ROHANI BT MAT DIAH

1 DISEMBER 1996 - 6 JUN 2015

SALAM 1MALAYSIA

Setelah beberapa lama tidak meng'update' blog ini,tibalah masa untuk mengaktifkan saluran pentadbiran yang terkini dan berinovasi.Beberapa peristiwa penting dalam sejarah SK Pauh Lima telah berlaku sejak admin page ini telah meninggalkan kerja-kerja sambilan di sini.

Persaraan En.Faisal Shukri Bin M.Ridzuan

Beliau bersara pada 1/6/2014

Tuesday, 11 June 2013

Sekolah ini telah diserikan dengan kehadiran Guru Besar baru berasal dari Bunut Payung yang bertugas sebagai Penyelia Pelajaran Pengurusan Sekolah (Swasta) dari Pejabat Pelajaran Kota Bharu..Selamat bertugas sebagai Guru Besar di SK Pauh Lima.Semoga dengan kehadiran Hj.Abd.Karim Bin Tahir Guru Besar SK Pauh Lima,sekolah ini akan dapat mencapai visi dan misi di masa hadapan dengan penuh kegemilangan.Pencapaian murid 5A akan digenggam erat oleh murid UPSR SK Pauh Lima dengan jayanya...InsyaALLAH
Selamat Datang Penolong Kanan Kokurikulum Encik Mohd Sobri Bin Yusof dari Sekolah Kebangsaan Banggol Saman,Kota Bharu.Semoga kehadiran beliau dapat memeriahkan aktiviti sukan dan kokurikulum sekolah ini.Selamat Bertugas di SK Pauh Lima.

Monday, 20 May 2013

SELAMAT TINGGAL DUNIA PERGURUAN...HJ.MOHAMED OTHMAN BIN OMAR-GURU BESAR SKPL

Pada 18hb April 2013 seorang guru kesayangan murid dan warga kerja SKPL telah bersara awal kerana nama beliau telah tercalon dalam senarai calon BN bertanding di PRU 13 pada 5hb Mei 2013 ini.Beliau merupakan salah seorang guru besar yang telah membawa perubahan yang besar terhadap sekolah ini.Perubahan tersebut adalah dari segi insfrastruktur dan sahsiah guru,kakitangan dan murid sekolah ini.Terima kasih atas jasamu kerana memberi kemudahan buat warga SKPL walaupun hanya beberapa bulan sahaja menjadi guru besar SKPL.Hanya ALLAH dapat menbalas segala jasa baik cikgu selama berkhidmat di SKPL.Semoga cikgu dapat meneruskan niat murni memajukan anak bangsa pada masa hadapan.

Monday, 15 October 2012

BULAN HAJI

Telah sampai lambaian Kaabah untuk para jemaah haji yang telah terpilih mengunjungi ke rumah ALLAH.Salah seorang dari warga SKPL tahun ini iaitu Puan Kamarizan Bt Mamat telah berlepas ke tanah suci menunaikan haji pada 12/10/2012 lalu.Diharap Puan Kamarizan mendapat Haji Mabrur...Amin

Wednesday, 26 September 2012

PEPERIKSAAN UPSR 2012

Selesai sudah peperiksaan UPSR tahun 6.Semua guru dan kakitangan di sini mendoakan semua murid tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Pauh Lima akan mendapat keputusan yang cemerlang.AMIN..

SAMBUTAN HARI RAYA MERDEKA 2012 (30.8.2012)





















Wednesday, 27 June 2012