Tuesday 11 June 2013

Sekolah ini telah diserikan dengan kehadiran Guru Besar baru berasal dari Bunut Payung yang bertugas sebagai Penyelia Pelajaran Pengurusan Sekolah (Swasta) dari Pejabat Pelajaran Kota Bharu..Selamat bertugas sebagai Guru Besar di SK Pauh Lima.Semoga dengan kehadiran Hj.Abd.Karim Bin Tahir Guru Besar SK Pauh Lima,sekolah ini akan dapat mencapai visi dan misi di masa hadapan dengan penuh kegemilangan.Pencapaian murid 5A akan digenggam erat oleh murid UPSR SK Pauh Lima dengan jayanya...InsyaALLAH
Selamat Datang Penolong Kanan Kokurikulum Encik Mohd Sobri Bin Yusof dari Sekolah Kebangsaan Banggol Saman,Kota Bharu.Semoga kehadiran beliau dapat memeriahkan aktiviti sukan dan kokurikulum sekolah ini.Selamat Bertugas di SK Pauh Lima.

Monday 20 May 2013

SELAMAT TINGGAL DUNIA PERGURUAN...HJ.MOHAMED OTHMAN BIN OMAR-GURU BESAR SKPL

Pada 18hb April 2013 seorang guru kesayangan murid dan warga kerja SKPL telah bersara awal kerana nama beliau telah tercalon dalam senarai calon BN bertanding di PRU 13 pada 5hb Mei 2013 ini.Beliau merupakan salah seorang guru besar yang telah membawa perubahan yang besar terhadap sekolah ini.Perubahan tersebut adalah dari segi insfrastruktur dan sahsiah guru,kakitangan dan murid sekolah ini.Terima kasih atas jasamu kerana memberi kemudahan buat warga SKPL walaupun hanya beberapa bulan sahaja menjadi guru besar SKPL.Hanya ALLAH dapat menbalas segala jasa baik cikgu selama berkhidmat di SKPL.Semoga cikgu dapat meneruskan niat murni memajukan anak bangsa pada masa hadapan.